Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    IQRA hulur bantuan kepada 42 pelajar, ibu tunggal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Persatuan Pembaca-pembaca Al-Quran (IQRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Amal Jariah kepada pelajar-pelajar Yatim dan ibu tunggal di Sekolah Rendah IQRA, Jalan Manggis Satu, Jalan Muara baru-baru ini.

    Seramai 42 penerima yang terdiri daripada para pelajar dan 20 ibu tunggal di Sekolah Membaca Al-Quran IQRA dan Sekolah Rendah IQRA telah menerima derma yang disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah IQRA, Cikgu Hajah Norliha Binti Haji Matali dan Guru Besar Sekolah Membaca Al-Quran IQRA, Cikgu Kamziah Binti Haji Abas.

    Majlis yang merupakan acara tahunan Persatuan IQRA berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Cikgu Safwan Yani Bin Ahmad Yani dan diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mukram Binti Hanafi.

    Atas & Bawah: Antara penerima sumbangan pada majlis berkenaan.

    Antara yang hadir ke majlis berkenaan.- GAMBAR–GAMBAR SERAHAN IQRA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda