Wednesday, February 26, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran adakan rundingan program nuklear dengan Eropah

    TEHRAN, 25 FEB – Iran mengadakan rundingan dengan kuasa Eropah, Jerman, Perancis dan Britain mengenai program nuklearnya kelmarin, kata seorang diplomat kanan Iran.

    Iran, yang dikenakan sekatan atas aktiviti nukleanya, dan ketiga-tiga negara Eropah yang dikenali sebagai E3 itu telah bertemu bulan lalu untuk pusingan kedua rundingan dalam masa dua bulan mengenai program nuklear Tehran. Rundingan sebelum ini berlangsung akhir tahun lalu di New York.

    “Saya mengadakan pusingan baharu rundingan dengan Pengarah Politik E3,” kata Timbalan Menteri Luar Negeri bagi Hal Ehwal Antarabangsa Tehran, Kazem Gharibabadi, dalam catatan di X.

    Gharibabadi berkata kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu nuklear dan pembatalan sekatan, sambil menambah ia telah bersetuju untuk meneruskan perbincangan.

    Pertemuan itu diadakan sempena lawatan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, ke bandar Switzerland untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Gencatan Senjata dan mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia.

    Rundingan dengan kuasa Eropah diadakan dengan program nuklear Iran di diberi tumpuan baharu berikutan pengembalian Donald Trump ke Rumah Putih bulan lepas. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda