Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran Air gantung penerbangan Eropah

    TEHRAN, 8 MAC – Iran Air mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mengantungkan semua penerbangan ke Eropah sehingga maklumat selanjutnya.

    Dalam kenyataan yang telah diumumkan oleh syarikat penerbangan tersebut tidak menyebut epidemik koronavirus sebagai puncanya, dengan hanya memetik ‘larangan’ yang dikenakan oleh pihak Eropah dengan ‘atas sebab tidak diketahui’.

    Menurut beberapa laman khusus, Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) telah melaksanakan tegahan ke atas kapal Iran Air dari memasuki ruang udara Eropah pada 3 Februari lalu, termasuk Airbus A321-200 dan dua buah Airbus A330-200 yang tidak menjalani peningkatan yang diperlukan untuk kebenaran terbang ke Eropah.

    Sweden pada 2 Mac lalu mengumumkan ia telah mengantungkan sementara permit penerbangan Iran Air atas nasihat pegawai kesihatan yang berkata Tehran tidak ‘berupaya mengawal’ penularan koronavirus di negara tersebut.

    Syarikat pengangkutan Iran itu mengoperasikan penerbangan ke beberapa destinasi Eropah termasuk Paris, London , Amsterdam, Stockholm, Frankfurt, Vienna dan Rom. – AFP

    Iran Air mengumumkan mereka telah mengantung semua penerbangan ke Eropah hingga maklumat selanjutnya.- Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda