Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran benarkan perniagaan dibuka semula

    TEHRAN, 20 APRIL – Iran hari ini melaporkan 91 kematian baharu disebabkan koronavirus, ketika kerajaan membenarkan aktiviti ekonomi disambung semula selepas dibuka secara berperingkat semasa 10 hari yang lalu.

    Selepas hampir seminggu korban jiwa menurun, adanya peningkatan sedikit beberapa hari ini di republik Islam itu, antara salah sebuah negara terjejas.

    Negara yang dikenakan sekatan itu telah menutup semua aktiviti ekonomi tidak penting pada pertengahan Mac, beberapa minggu selepas wabak koronavirus pertama kali muncul.

    Namun para pegawai tertinggi menekankan ekonomi Iran tidak boleh kekal ditutup dan Presiden Hassan Rouhani membenarkan perniagaan kurang berisiko untuk dibuka semula sejak 11 April. Kedai-kedai di lorong dan bazar adalah perniagaan yang dibenarkan untuk menyambung operasi sebagai sebahagian pembukaan semula ekonomi Iran secara berperingkat. – AFP

    Seorang lelaki Iran, memakai alat perlindungan ketika membeli-belah di pasar Grand Bazaar di bandar Tehran pada 18 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda