Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran bidas disingkir daripada Suruhanjaya Hak Asasi Wanita PBB

    NEW YORK, 15 DIS – Kementerian Luar Iran membidas keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyingkirkan negara itu daripada Suruhanjaya PBB mengenai Status Wanita (CSW) berikutan tindakan keras Iran terhadap bantahan kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang dicetuskan oleh kematian seorang wanita.

    “Ini adalah keputusan yang bermotifkan politik dan tidak boleh diterima tanpa sebarang asas undang-undang.

    “Kami mengecam sekeras-kerasnya,” kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanaani, hari ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    PBB tidak seharusnya membenarkan kuasa dunia menggunakan politik, kata jurucakap itu di laman sesawang kementerian. – Bernama

    Gambar fail bantahan atas kematian Mahsa Amini pada 1 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda