Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran buka pendaftaran bagi p’raya presiden

    TEHRAN, Iran, 11 April – Iran sudah membuka pendaftaran bagi mereka yang berharap untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada 19 Mei depan.

    Agensi berita rasmi IRNA mengatakan hari ini bahawa calon berkelayakan boleh mendaftar sehingga Sabtu ini. Mereka akan kemudian akan disaring oleh Majlis Penjaga, sebuah badan ulama yang akan mengumumkan satu senarai calon muktamad menjelang 27 April.

    Presiden Hassan Rouhani, seorang yang sederhana, juga layak untuk bertanding bagi satu penggal lagi manakala Ebrahim Raisi, ulama berhaluan kiri rapat dengan Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan Hamid Bahgaei, sekutu rapat bekas presiden berhaluan kiri Mahmoud Ahmadinejad juga mengumumkan akan bertanding.

    Pilihan raya dijangka bertindak sebagai satu referendum mengenai perjanjian nuclear 2015 dengan kuasa-kuasa dunia, yang mana di bawahnya Iran bersetuju untuk mengekang pengayaan uraniumnya bagi pertukaran membatalkan sekatan antarabangsa. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda