TEHRAN, 18 JULAI – Organisasi Penerbangan Awam Iran mengumumkan bahawa semua lapangan terbang di seluruh negara kembali beroperasi seperti biasa dan ruang udara Iran dibuka semula untuk penerbangan antarabangsa sepanjang masa, lapor agensi berita Mehr (MNA).
Jabatan Perhubungan Awam organisasi itu berkata selepas penyelesaian oleh Jawatankuasa Penyelarasan Penerbangan Awam dan penilaian menyeluruh keselamatan, semua lapangan terbang kini beroperasi seperti biasa dan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada orang ramai.
Menurut keputusan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad akan beroperasi bagi penerbangan penum-pang dari 4 pagi hingga 7 malam setiap hari.
Penerbangan latihan dan penerbangan rekreasi bagaimanapun terus digantung sehingga dimaklumkan kelak. – Bernama
