Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Iran bunuh beberapa suspek serangan Tehran

    TEHRAN, 12 Jun – Iran telah menjejak dan membunuh beberapa pejuang jihad termasuk dalang dua serangan di Tehran pada minggu lalu, kata seorang pegawai keselamatan dan seorang menteri.

    Berpuluh tersangka telah ditahan sejak serangan pada Rabu yang membunuh 17 orang dalam serangan pertama di Iran yang didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad Islamic State.

    Polis pada lewat semalam membunuh empat tersangka IS di selatan wilayah Hormozgan, agensi berita ISNA melaporkan ketua polis Azizollah Maleki sebagai berkata.

    “Dua daripada penjenayah yang terbunuh adalah warga asing, sementara identiti anggota lain sedang disiasat,” kata Maleki, menambah senjata dan bendera IS telah dirampas ketika serbuan.

    Iran berkata lima warga Iran, yang telah menyertai IS dan berkunjung ke kubunya di Iraq dan Syria, melancarkan serangan pada Rabu ke atas parlimen dan tempat suci pemimpin revolusi Ayatollah Ruhollah Khomeini.

    Lewat semalam, Menteri Risikan Mahmoud Alavi berkata dalang di sebalik serangan telah pun dijejaki dan dibunuh di luar negara.

    “Dalang yang mengawal kumpulan,yang telah melarikan diri ke luar negara, menanggung akibat perbuatan jenayahnya, dengan kerjasama perkhidmatan risikan negara bersekutu,” beritahu Alavi kepada televisyen negeri, tanpa memberikan butir-butir lanjut. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini