Iran catat 620 kematian COVID-19, laksana beberapa sekatan

TEHRAN, 15 OGOS – Iran hari ini melaporkan lebih 600 kematian COVID-19 sehari buat pertama kalinya, menjelang sekatan diperketat untuk membendung penularan virus.

Negara itu juga mencatatkan 36,736 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, membawa jumlahnya kepada 4,425,821, kata kementerian kesihatan.

Kematian terbaharu berjumlah 620 itu telah meningkatkan jumlah korban jiwanya kepada 87,828, tambahnya.

Republik Islam itu bergelut untuk membendung apa yang para pegawainya katakan ‘gelombang kelima’ yang dipacu oleh varian Delta.

Pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan di pejabat kerajaan, bank-bank dan perniagaan tidak penting di seluruh negara itu bermula esok (Isnin) sehingga Sabtu depan.

Tegahan ke atas perjalanan kenderaan antara wilayah bermula hari ini dan dijangka sehingga 27 Ogos. – AFP