Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran ganti ketua polis

    TEHRAN, 8 JAN – Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei melantik ketua polis baharu pada Sabtu lalu, setelah hampir empat bulan bermulanya protes yang dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini.

    Republik Islam itu dilanda kekacauan sejak peristiwa kematian warganya dalam tahanan, Kurdish Amini, 22, pada 16 September setelah ditangkap kerana didakwa melanggar etika berpakaian ketat negara terhadap wanita.

    Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam dasar-dasar utama negara dan merupakan ketua komander Angkatan Tentera Iran, telah melantik Jeneral Ahmad-Reza Radan untuk menggantikan Hossein Ashtari, menurut satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasmi pemimpin itu.

    Khamenei mengarahkan jabatan polis untuk ‘meningkatkan keupayaannya’ serta ‘melatih pasukan khusus untuk pelbagai sektor keselamatan’.

    Radan, yang dilahirkan pada 1963, adalah timbalan ketua polis dari 2008 hingga 2014 dan kemudian mengetuai Pusat Kajian Strategik Polis. Dia digantikan sebagai timbalan oleh Ashtari, yang dilantik sebagai ketua komander pada tahun 2015.

    Kedua-dua mereka memulakan kerjaya mereka dalam ketenteraan di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda