Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Iran guna dron sendiri cari helikopter Raisi

    TEHRAN, 22 MEI – Tentera Iran hari ini berkata ia telah menggunakan dron buatannya sendiri untuk mengesan helikopter presiden Ebrahim Raisi selepas terhempas di pergunungan barat laut.

    Helikopter dinaiki Raisi terhempas di lereng gunung yang diselubungi kabus Ahad lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke bandar Tabriz selepas menghadiri upacara di sempadan Azerbaijan.

    Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan, melibatkan bantuan daripada Kesatuan Eropah, Rusia dan Turkiye sebelum lokasi nahas dikesan awal pada Isnin.

    Tentera Iran berkata dron yang dihantar oleh Turkiye telah gagal mengesan lokasi nahas ‘walaupun mempunyai peralatan night vision’.

    “Dron itu gagal memberikan lokasi helikopter terhempas dengan tepat dan akhirnya kembali ke Turkiye,” kata tentera dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi IRNA.

    “Akhirnya, awal pagi Isnin, lokasi sebenar nahas helikopter ditemui oleh pasukan penyelamat darat dan dron tentera Iran.”

    Ketua Angkatan Tentera Mohammad Bagheri mengarahkan siasatan terhadap punca nahas, yang turut mengorbankan tujuh anggota rombongan Raisi, termasuk Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian. – AFP

    Foto dari agensi berita rasmi IRNA menunjukkan helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi berlepas di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada 19 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...