Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran kecam rancangan pertahanan udara AS

    TEHRAN, 10 JULAI – Iran telah menggambarkan rancangan Amerika Syarikat yang ingin memperbaharui kerjasama pertahanan udara bersama sekutu Timur Tengah sebagai ‘ancaman’, yang dijangka dibincangkan semasa lawatan serantau akan datang Presiden Joe Biden.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby pada Khamis berkata ‘kerjasama besar’ mengenai isu-isu seperti pertahanan udara, terutama berkaitan dengan menangani Tehran, akan menjadi agenda Biden semasa lawatannya ke Israel dan Arab Saudi minggu depan.

    “Cadangan mengenai isu ini adalah provokatif dan Republik Islam Iran memandangnya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan serantau,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Nasser Kanani lewat kelmarin.

    “Cuba untuk mencipta kebimbangan keselamatan baharu di rantau ini hanya akan melemahkan keselamatan serantau dan memberi kepentingan keselamatan terhadap rejim Zionis itu semata-mata,” ujarnya lagi, merujuk kepada Israel.

    Biden dijangka mengadakan lawatan pertamanya pada Rabu ke Timur Tengah dan bertemu para pemimpin Israel dan Arab Saudi, serta dari negara-negara lain seperti Mesir, Iraq dan Jordan. – AFP

    Nasser Kanani. – Iran News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda