Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran kecam serangan Israel di selatan Lubnan

    TEHRAN, 17 OKT – Iran hari ini mengecam serangan yang dilancarkan oleh musuh ketatnya, Israel, terhadap kawasan selatan Lubnan, yang merupakan kubu kuat sekutunya, Hizbullah.

    Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, dalam kenyataannya menyifatkan serangan itu sebagai ‘pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan’.

    Kerajaan Lubnan kelmarin melaporkan satu nyawa terkorban dan tujuh lagi cedera akibat serangan berkenaan, manakala tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan Hizbullah dan kumpulan sekutunya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda