Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran, Kenya jalin hubungan ekonomi

    NAIROBI, KENYA, 12 JULAI – Presiden Iran telah memulakan lawatan ke Afrika ketika negaranya, yang berada di bawah sekatan ekonomi Amerika Sarikat (AS) yang ketat, berusaha untuk memperdalam perkongsian di seluruh dunia.

    Lawatan Presiden Ebrahim Raisi ke Kenya hari ini adalah yang pertama ke benua Afrika oleh seorang pemimpin Iran dalam lebih sedekad. Beliau juga dijangka melawat Uganda dan Zimbabwe dan bertemu dengan presiden di sana.

    Afrika adalah ‘benua peluang’ dan platform yang hebat untuk produk Iran, beritahu Raisi kepada wartawan dalam taklimat.

    “Tiada seorang pun daripada kami berpuas hati dengan jumlah dagangan sekarang,” katanya.

    Pemimpin Iran secara khusus menyebut sumber mineral Afrika dan pengalaman petrokimia Iran, tetapi lima memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Republik Islam dan Kenya hari ini nampaknya tidak membabitkan kedua-duanya.

    Sebaliknya, perjanjian melibatkan maklumat, komunikasi dan teknologi; perikanan; kesihatan haiwan dan pengeluaran ternakan serta promosi pelaburan.

    Presiden Kenya, William Ruto menggelar Iran sebagai ‘rakan kongsi strategik kritikal’ dan ‘kuasa inovasi global.’ Beliau menyatakan minat untuk mengembangkan eksport pertanian Kenya ke Iran dan Asia Tengah melangkaui produk teh.

    Iran juga bercadang untuk menubuhkan kilang pembuatan untuk kenderaan Iran di bandar pelabuhan Kenya, Mombasa, kata Ruto. – AP

    Presiden Ebrahim Raisi (kiri) bercakap pada sidang media selepas bertemu dengan Presiden William Ruto di Rumah Kerajaan di Nairobi, Kenya kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda