Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran: Kes virus boleh melonjak hampir 3,000 sehari

    TEHRAN, 1 JUN – Iran hari ini mengumumkan hampir 3,000 jangkitan baharu koronavirus, jumlah harian tertingginya dalam masa dua bulan, ketika ia memberi amaran ‘kemuncak berbahaya’ dalam letusan wabak paling maut di Timur Tengah.

    “Orang ramai merasakan koronavirus sudah berakhir….beberapa pegawai juga percaya semuanya kembali normal,” kata Menteri Kesihatan, Saeed Namaki.

    “Koronavirus bukan hanya jauh lagi akan berakhir, tetapi kita mungkin tidak lama lagi akan menyaksikan kemuncak bahaya,” katanya dalam temu bual di televisyen.

    Jurucakap Kementerian, Kianoush Jahanpour mengatakan kes Iran sudah berjumlah 154,445 dengan 2,979 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

    Tambahnya, virus itu telah mengorbankan 81 nyawa pada hari sebelumnya, meningkat 18 kes berbanding kelmarin dan menjadikan jumlahnya kepada 7,878.

    Menurut Namaki, wilayah-wilayah Sistan dan Baluchistan, Kermanshah dan Hormozgan pada masa ini bergelut dengan peningkatan dalam jangkitan.

    Tambahnya, separuh daripada korban jiwa Iran pada hari sebelumnya telah dicatatkan di tiga wilayah tanpa menamakannya.

    “Jika ia masih berterusan, kematian boleh mencapai angka tiga digit semula,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda