TEHRAN, IRAN, 4 JULAI – Iran mengumumkan hari ini ia telah melaksanakan semula sekatan koronavirus di bandar-bandar besar ketika penularan varian delta mudah berjangkit mencetuskan kebimbangan pertambahan kes di negara itu.
Selepas lebih setahun memerangi penularan virus terburuk di Timur Tengah itu, Iran mengarahkan penutupan perniagaan tidak penting di 275 bandar termasuk bandar Tehran.
Penutupan kesemua taman awam, restoran, kedai, salon kecantikan, gedung beli-belah dan kedai buku dikenakan kepada zon ‘merah’ dan ‘jingga’ atau perbandaran yang dikenal pasti sebagai berisiko COVID-19.
Kerajaan berkata ia juga mengenakan tegahan perjalanan antara bandar-bandar yang mempunyai kadar jangkitan tinggi. – AP
