Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Iran ketat kawalan wanita tanpa hijab

    TEHRAN, 14 APRIL – Polis Iran kelmarin mengumumkan tindakan keras baharu akan dikenakan terhadap wanita yang mengabaikan kod berpakaian Islam yang ketat di negara itu, yang mewajibkan mereka memakai tudung di khalayak ramai.

    “Mulai hari ini, polis di Tehran, seperti di wilayah lain, akan melaksanakan langkah mereka terhadap pelanggaran undang-undang seperti ini mengenai hijab,” kata ketua polis ibu negara, Abbas Ali Mohammadian.

    Media tempatan melaporkan bahawa polis di bandar itu telah melancarkan kempen diberi nama ‘Noor’, dalam usaha mereka untuk mempergiatkan tindakan ke atas mereka yang melanggar kod pemakaian hijab.

    Pihak berkuasa mewajibkan wanita mematuhi kod pakaian Islam sejurus selepas revolusi Islam 1979 yang menggulingkan pemimpin Iran.

    Etika berpakaian yang dikenali sebagai hijab mewajibkan wanita menutup rambut dan badan di tempat awam.

    “Orang ramai yang tidak mempedulikan amaran polis sebelum ini akan diberi amaran khas di bandar ini mulai hari ini dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” kata Mohammadian.

    Tindakan keras itu berlaku hanya beberapa hari selepas pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei dalam ucapannya mengulangi wanita di republik Islam itu mesti mematuhi peraturan berpakaian, tanpa mengira kepercayaan mereka. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...