Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran kutuk serangan udara Israel di Gaza

    TEHRAN, 9 JUN – Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani kelmarin mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara maut Israel awal hari di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu, Kanaani mengecam pembunuhan Israel terhadap ratusan orang awam Palestin dalam serangan itu sebagai, “jenayah yang mengerikan dan mengejutkan.”

    ‘Jenayah’ yang dilakukan oleh Israel adalah akibat daripada ‘tiada tindakan’ dari kerajaan dan organisasi antarabangsa yang berkaitan selama lapan bulan dalam menghadapi ‘jenayah perang dan pelanggaran semua undang-undang dan peraturan serta kemanusiaan antarabangsa’ oleh Israel di Gaza, kata jurucakap itu.

    Dia menyalahkan Amerika Syarikat dan sebahagian negara Eropah kerana menyediakan senjata kepada Israel dan menyokong serangannya.

    Sekurang-kurangnya 210 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 400 lagi cedera dalam serangan udara Israel pada hari Sabtu di tengah Gaza.

    Khalil Al-Dakran, pengarah Hospital Al-Aqsa di Gaza memberitahu Xinhua bahawa sejumlah besar rakyat Palestin yang cedera telah dihantar ke hospital akibat pengeboman Israel di kem Nuseirat dan bandar itu dengan sebahagian daripadanya telah disahkan meninggal dunia.

    Tentera Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 dengan angka kematian rakyat Palestin telah meningkat kepada 36,801 dengan 83,680 orang cedera, menurut laporan pihak berkuasa kesihatan di Gaza pada Sabtu. – Xinhua

    Penduduk Palestin memeriksa mayat mangsa pengeboman Israel ke kem Nusseirat, Gaza pada 6 Jun. Iran mengutuk serangan udara Israel sekeras-kerasnya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda