Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran laksana hukuman mati secara terbuka

    TEHRAN, 26 OGOS – Iran hari ini melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang lelaki berhubung pembunuhan seorang peguam dua tahun lalu, lapor media kerajaan.

    “Hukuman mati atas pembunuhan seorang peguam telah dijalankan pagi ini secara terbuka di bandar

    Shahroud,” wilayah Semnan utara, kata laman web badan kehakiman Mizan Online.

    Agensi berita rasmi IRNA berkata, lelaki itu berusia 20 tahun yang mengaku telah diupah oleh sebuah geng untuk membunuh peguam itu, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Hukuman mati terbuka agak jarang berlaku di Iran, di mana hampir semua hukuman mati dijalankan di dalam penjara, biasanya dengan cara gantung. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda