Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran laksana hukuman potong jari pencuri

    PARIS, 31 JULAI – Iran pada minggu ini memotong jari seorang lelaki yang disabit bersalah mencuri menggunakan gilotin, kata Amnesti Antarabangsa baru-baru ini, mengecam tindakan sebagai ‘hukuman amat kejam.’

    Pouya Torabi, dalam umur tiga puluhan, dipindah ke hospital dengan serta-merta selepas jarinya dipotong pada 27 Julai di depan beberapa pegawai dan seorang doktor di penjara Evin, Tehran, kata NGO yang berpangkalan di London.

    Tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa Iran pada 31 Mei juga memotong jari seorang lagi pesalah, Sayed Barat Hosseini, tanpa memberikannya ubat bius, menurut Amnesti. Dia telah ditahan secara berasingan di penjara Evin dan tidak diberikan penjagaan kesihatan mental dan fizikal untuk jangkitan dan trauma, tambahnya.

    “Amputasi dari segi penghakiman adalah penyeksaan dan dengan itu satu jenayah di bawah undang-undang antarabangsa. Kesemua mereka yang terlibat dalam mengarahkan atau melaksanakan hukuman dera berkenaan harus didakwa dalam perbicaraan adil,” kata Diana Eltahawy, Penolong Pengarah Amnesti untuk Timur Tengah dan Afrika Utara.

    Amnesti berkata pihak berkuasa memberitahu Sayed Barat Hosseini dia boleh membayar untuk ‘membekukan’ jarinya yang dipotong dan seterusnya dipasang balik menerusi pembedahan tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

    Selepas jarinya dipotong, dia terus pengsan disebabkan kehilangan darah dan kini ditahan dalam pengasingan ‘dalam usaha untuk mengelak berita hukumannya disiarkan.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda