Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Iran lancar peluru berpandu balistik baharu

    TEHRAN, 25 MEI – Iran hari ini mendedahkan peluru berpandu balistik generasi baharu dengan jarak sejauh 2,000 kilometer dilengkapi kepala peledak seberat 1,500 kilogram.

    Peluru berpandu Kheibar merupakan versi terbaharu peluru berpandu balistik Khorramshahr yang dinaik taraf, kali pertama dilancarkan pada
    September 2017 dan dipuji sebagai satu kejayaan bagi program peluru berpandu Iran.

    Peluru berpandu baharu, versi keempat Khorramshahr, direka organisasi aeroangkasa Kementerian Pertahanan Iran, menurut agensi Anadolu memetik media kerajaan.

    Ia didedahkan di hadapan Menteri Pertahanan Iran Mohammad Reza Ashtiani.
    Peluru berpandu yang paling menonjol dalam senjata Iran termasuk Emad, Fajr-3, Ashoora, Ghadr-110, Khorramshahr, Sejjil, dan Shahab-3.

    Kheibar dilengkapi dengan enjin bahan api cecair tercanggih dan mengurangkan saiznya sebanyak 13 meter mencipta keupayaan taktikal. – Bernama

    Dalam gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran pada 25 Mei, peluru berpandu Khorramshahr-4 dilancarkan di lokasi yang tidak didedahkan, Iran. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...