Thursday, March 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran lancar peluru berpandu hipersonik

    TEHRAN, 6 JUN – Pengawal Revolusi Iran melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana hari ini yang mampu bergerak dengan kelajuan hipersonik sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi, lapor televisyen negara.

    Presiden Ebrahim Raisi memuji keupayaan peluru berpandu hipersonik baharu itu, dan berkata ia akan meningkatkan kuasa pencegahan Iran dan membawa keamanan dan kestabilan kepada negara-negara di rantau itu.

    Agensi berita rasmi IRNA menyiarkan gambar majlis itu di kawasan tertutup yang tidak dikenal pasti. Beberapa komander tertinggi tentera hadir, termasuk ketua Pengawal, Jeneral Hossein Salami.

    “Jangkauan peluru berpandu Fattah ialah 1,400 kilometer (870 batu) dan kelajuannya sebelum mencapai sasarannya” adalah antara 13 dan 15 kali ganda kelajuan bunyi, kata IRNA.

    Seperti peluru berpandu balistik yang lebih perlahan, peluru berpandu hipersonik boleh dilengkapi dengan kepala peledak nuklear dan pengumuman Iran bahawa mereka sedang menghasilkan satu pada November mendorong kebimbangan dari ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Grossi. – AFP

    Wanita melihat peluru berpandu Fattah dalam satu majlis di Tehran, Iran, 6 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda