Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran lancar serangan peluru berpandu ke atas Israel

    TEHRAN, 15 JUN – Penduduk Iran dan Israel dikejutkan dengan asap dan runtuhan bangunan pada pagi hari ini, selepas kedua-dua negara musuh itu melancarkan serangan balas yang lebih hebat dalam konflik yang semakin memuncak.

    Israel telah menyerang ibu pejabat kementerian pertahanan di Tehran, manakala Iran membalas dengan melancarkan peluru berpandu yang mengorbankan nyawa.

    Menurut wartawan AFP, diren serangan udara dan bunyi letupan dapat didengar di Jerusalem dan Tel Aviv awal pagi hari ini, sementara tentera Israel berkata berjuta-juta rakyatnya terpaksa berlindung.

    Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dan sekitar 200 cedera akibat serangan itu.

    Di bandar Iran, letupan kuat kedengaran sekitar jam 2:30 pagi dan sudah masuk hari ketiga bagi serangan saling membalas itu dilakukan, meskipun terdapat seruan antarabangsa supaya menamatkan ketegangan.

    Iran turut membatalkan rundingan nuklear terbaharu dengan Amerika Syarikat (AS), menyatakan rundingan tidak boleh diteruskan ketika negaranya diserang.

    Konflik itu menandakan pertama kali kedua-dua negara bermusuhan itu melancarkan serangan secara terus dan terbuka, membangkitkan kebimbangan terhadap kemungkinan perang berpanjangan di Timur Tengah.

    Iran mendakwa 78 orang terbunuh dan 320 cedera dalam gelombang serangan pertama Israel pada Jumaat dan masih belum mengemas kini angka rasmi untuk hari ini.

    Presiden Iran, Pezeshkian, mengecam hipokrasi AS kerana menyokong Israel sambil terlibat dalam rundingan nuklear dengan Iran, yang kini dibatalkan.

    Ketua perunding nuklear Iran, Menteri Luar Abbas Araghchi, menyatakan serangan Israel telah menggagalkan rundingan dan mendorong rantau ini ke dalam ‘lingkaran keganasan yang berbahaya’.

    Iran turut menyeru rakyatnya bersatu mempertahankan negara, manakala Netanyahu menyeru rakyat Iran bangkit menentang pemerintah mereka. – AFP

    Asap tebal dan api marak kelihatan menjulang dari sebuah loji penapisan minyak di selatan Tehran selepas serangan udara Israel, hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda