TEHRAN, 5 Feb – Iran telah melanjutkan tarikh akhir bagi bidaan projek-projek minyak dan gas, menggesa BP Britain untuk menyertai syarikat-syarikat utama antarabangsa yang sudah pun memohon, media tempatan melaporkan kelmarin.
Pusingan bidaan bagi eksplorasi dan lesen pengeluaran tiba apabila ia berusaha untuk menghidupkan kembali sektor itu, secara keras dipukul oleh sekatan-sekatan antarabangsa yang telah ditarik bali tahun lepas.
Ketua Syarikat Minyak Kebangsaan Iran, Ali Kardor berkata tarikh akhir bagi bidaan itu dilanjutkan pada tarikh 15 Februari, agensi berita ISNA melaporkan kelmarin.
Dia berkata tarikh akhir asal pada hujung Januari telah dilanjutkan kerana “maklumat dari beberapa syarikat tidak lengkap.”

Dia berkata British Petroleum (BP) masih belum menghantar sebarang bidaan.
“Kami berminat untuk melihat lebih banyak syarikat dalam senarai,” kata Kardor.
“BP belum lagi menghantar maklumatnya kepada kami.
“Meskipun kami berkata ini adalah satu proses rasmi dan anda perlu mengisi maklumat anda, mereka masih belum melakukannya,” tambahnya. – AFP