Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran lantik ketua badan kehakiman baharu

    TEHRAN, 1 JULAI – Pemimpin agung Iran hari ini melantik bekas menteri perisikan dan keselamatan, Gholamhossein Mohseni-Ejei sebagai ketua badan kehakiman, menggantikan Ebrahim Raisi selepas beliau dilantik sebagai presiden awal bulan ini.

    Ayatollah Khamenei menggesa Mohseni-Ejei, seorang ulama kanan dengan sejarah panjang dalam bidang kehakiman, untuk memerangi rasuah ‘dengan penuh keazaman’.

    Dilahirkan pada 1956, Mohseni-Ejei memegang pangkat Hodjatalislam, satu peringkat di bawah Ayatollah dalam hierarki ulama Syiah. Dia pernah menjadi pendakwa tertinggi Iran dan timbalan ketua badan kehakiman sejak 2014. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda