TEHRAN, IRAN, 2 NOV – Angkatan tentera udara Iran memulakan latihan tahunan hari ini, lapor media kerajaan, dengan armada AS dan jet pejuang buatan Rusia mengambil bahagian di samping dron-dron buatan tempatan dan pesawat udara lainnya.
Latihan itu akan menyaksikan pasukan dari lapan pangkalan udara menyertai latihan dua hari termasuk penembakan peluru berpandu dan pengisian minyak di udara.
Ia merupakan latihan kedua Iran yang telah diadakan sejak embargo senjata PBB sedekad lamanya ke atas Iran yang menyekatnya daripada membeli senjata luar negara seperti kereta kebal dan jet pejuang yang mansuh awal Oktober.
Iran dilaporkan berminat dalam pembelian pesawat udara baharu, kerana ia masih menerbangkan pesawat AS F-14 Tomcats bersama F-4s dan F-5s yang bertarikh pada zaman Revolusi Islam 1979. – AP