Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran nafi serang kapal Israel

    TEHRAN, 1 MAC – Kementerian luar Iran hari ini menolak tuduhan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan Tehran berada di sebalik serangan ke atas kapal milik Israel di Teluk Oman.

    “Ia jelasnya perbuatan Iran,” beritahu Netanyahu kepada penyiar awam Israel Kan, merujuk kepada kapal MV Helios Ray, yang pada minggu lalu dilanda letupan di Teluk Oman meninggalkan dua lubang di bahagian badan kapal.

    “Kami menolak tuduhan ini,” kata jurucakap Saeed Khatibzadeh pada sidang media, menambah ‘sumber tuduhan itu sendiri menunjukkan ketidaksahihan dakwaan tersebut.”

    Beliau menambah Netanyahu sedang menderita daripada ‘obsesi dengan Iran.’

    MV Helios Ray, kapal induk pesawat udara, sedang belayar dari pelabuhan Saudi Dammam ke Singapura apabila letupan berlaku pada Khamis, menurut kumpulan keselamatan Dryad Global Maritime di London.

    Masih tidak jelas punca letupan, yang membocorkan badan kapal tetapi tidak menimbulkan kecederaan kepada kru atau merosakkan enjin kapal.

    Akhbar Iran Kayhan berkata semalam bahawa penentang republik Islam Tehran dan sekutu serantau mungkin berada di sebalik letupan, mendakwa kapal itu milik tentera Israel. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kapal HeliosRay berlabuh di Pelabuhan China, Jepun. Satu letupan melanda HeliosRay ketika ia belayar di Timur Tengah pada 26 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda