Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Iran nafi terlibat serangan dron di Jordan

    TEHRAN, 29 JAN – Iran hari ini menafikan sebarang hubungan dengan serangan dron di Jordan yang mengorbankan tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dan berkata ia tidak mencari ‘peningkatan’ konflik di Timur Tengah.

    Pembunuhan tiga tentera AS kelmarin dalam serangan di Jordan menandakan kematian tentera AS yang pertama di rantau itu sejak perang Israel-Hamas bermula.

    Presiden AS, Joe Biden berkata ‘kumpulan penggempur radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq’ berada di sebalik serangan di pangkalan sempadan di timur laut Jordan.

    Setiausaha Luar Britain, David Cameron mengulangi gesaan agar Iran ‘meredakan ketegangan’ di rantau itu.

    Iran mengecam apa yang disifatkannya sebagai ‘tuduhan tidak berasas’ dan berkata ia adalah ‘ramalan’ dan sebahagian daripada ‘konspirasi pihak yang melihat kepentingan mereka untuk mengheret Amerika dalam pertempuran baharu’.

    “Republik Islam Iran tidak mengalu-alukan peningkatan konflik di rantau ini,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani dalam satu kenyataan, sambil menambah Tehran ‘tidak terlibat dalam keputusan kumpulan penentang’.

    Iran sebelum ini berkata ia melihatnya sebagai ‘kewajipan’ untuk menyokong apa yang disebut mereka sebagai ‘kumpulan penentang’ di rantau itu tetapi menegaskan mereka ‘bebas’ dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

    Serangan kelmarin juga menyebabkan 34 anggota cedera, lapan daripadanya memerlukan pemindahan, menurut Pusat Perintah AS. – AFP

    Biden semasa berucap pada majlis di Pusat Banquet Brookland Baptist, di West Columbia pada 28 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...