Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran nafi tuduhan AS

    TEHRAN, 15 SEPT – Iran hari ini menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap dakwaan negara itu melakukan serangan dron ke atas loji minyak Saudi, menganggap AS sedang mencari alasan untuk membalas dendam ter-hadap republik Islam itu.

    “Tuduhan dan kenyataan berkenaan adalah tidak jelas dan tidak dapat diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar Abbas Mousavi dalam satu kenyataan. Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mengutuk Iran selepas serangan kelmarin, yang memusnahkan sebahagian daripada pengeluaran minyak Arab Saudi.

    Pemberontak Huthi yang dikendalikan oleh Iran mengaku bertanggungjawab terhadap serangan dron berkenaan, tetapi Pompeo berkata ‘tidak ada bukti serangan itu datang dari Yaman’.

    “AS akan bekerjasama dengan rakan kongsi dan sekutunya untuk memastikan bahawa pasaran tenaga tetap dibekalkan dengan baik dan Iran bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan,” kata diplomat ter-tinggi AS itu. Mousavi berkata tuduhan AS terhadap serangan awal pada Abqaiq dan Khurais di Wilayah Timur bertujuan untuk membenarkan tindakan terhadap Iran.

    “Kenyataan tersebut … lebih seperti merancang oleh organisasi perisikan dan rahsia untuk merosakkan reputasi sesebuah negara dan mewujudkan rangka kerja untuk tindakan masa depan,” katanya. – AFP

    Serangan dron terhadap loji minyak Arab Saudi itu telah menjejaskan sebahagian daripada pengeluaran minyak Arab Saudi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda