Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran penjara warga Britain kerana mengintip

    TEHRAN, 27 OGOS – Iran telah memenjarakan seorang rakyat Britain yang mempunyai dua kerakyatan kerana mengintip bagi Israel dan mengesahkan hukuman ke atas kakitangan Majlis Perbandaran Britain kerana ‘penyusupan budaya’, kata badan kehakiman hari ini.

    Anousheh Ashouri, seorang wanita Britain dengan kerakyatan Iran, dijatuhkan 10 tahun penjara kerana memberi maklumat kepada agensi pengintipan Mossad Israel, kata jurucakap badan kehakiman, Gholamhossein Esmaili.

    Ia adalah kes terbaharu warga Iran dengan pasport Barat ditahan di republik Islam itu, dia juga dijatuhkan hukuman dua tahun penjara kerana menerima dana haram sekitar AS$36,600 dari Israel dan diarahkan untuk membayar denda dengan jumlah sama.

    Hukumannya muncul ketika badan kehakiman Iran mengesahkan hukuman penjara 10 tahun ke atas kakitangan Majlis Perbandaran Britain, Aras Amiri kerana ‘penyusupan budaya’.

    Amiri ‘telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun….dan dia sudah pun menjalani hukumannya.

    “Perbicaraannya telah disahkan oleh mahkamah,” kata Esmaili. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda