TEHRAN, 31 OKT – Pasukan tentera laut Iran telah merampas sebuah kapal berdaftar asing yang mereka katakan menyeludup minyak di Teluk dan menahan anak kapalnya, menurut media tempatan hari ini.
“Angkatan tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam telah merampas sebuah kapal tangki asing yang membawa 11 juta liter bahan api seludup,” kata Mojtaba Ghahremani, ketua kehakiman wilayah Hormozgan, menurut agensi berita Tasnim.
Tidak diketahui bila kapal itu dirampas atau bendera pendaftarannya.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Iran telah mengumumkan beberapa operasi yang menyasarkan penyeludupan bahan api di Teluk, di mana sejumlah besar minyak dunia dihasilkan dan dihantar.
Iran antara negara yang mempunyai harga petrol terendah di dunia, yang boleh menjadikan penyeludupan ke negara lain sebagai perniagaan yang menguntungkan. – AFP
