Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran rancang tingkat pengeluaran uranium hingga 60 peratus

    VIENNA, 8 DIS – Iran merancang meningkatkan kadar pengeluaran uranium amat diperkaya, kata pemantau nuklear PBB dalam laporan sulit.

    Reka bentuk terkini kilang Fordo di Iran menunjukkan kesan perubahan itu “akan meningkatkan dengan ketara kadar pengeluaran uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus”, kata laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

    Pengeluaran akan melonjak kepada lebih 34 kilogram uranium yang diperkaya setiap bulan, berbanding 4.7 kilogram sebelumnya, tambah laporan itu kepada lembaga pengelola IAEA.

    Iran sebelum ini berulang kali menafikan hasrat meningkatkan pengeluaran uranium itu bagi membangunkan senjata nuklear.

    Bercakap kepada AFP di Bahrain, ketua IAEA Rafael Grossi berkata Iran menghantar ‘mesej yang jelas’ selepas menerima bantahan daripada lembaga gabenor badan nuklear baru-baru ini.

    Bulan lalu, Iran mengumumkan pelancaran senjata baharu sebagai tindak balas terhadap resolusi IAEA yang mengecam Tehran.

    Resolusi itu dikemukakan oleh Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. IAEA meminta Iran membenarkan pemeriksaan yang lebih ketat untuk memastikan tiada penyalahgunaan fasiliti itu.

    Iran mempertahankan haknya terhadap tenaga nuklear untuk tujuan damai dan menolak sebarang dakwaan mengenai pembangunan senjata.

    Namun menurut IAEA, ia kekal satu-satunya negara bukan pemilik senjata nuklear yang memperkaya uranium hingga 60 peratus. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda