Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran sedia normalkan hubungan dengan Arab Saudi

    TEHRAN, 4 DIS – Presiden Iran Hassan Rouhani pada Selasa berkata negara itu bersedia untuk menormalkan hubungan dengan Arab Saudi, lapor agensi berita China, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA. “Dari sudut pandangan Iran, tiada masalah dalam membangunkan hubungan dengan negara jiran dan menyambung semula hubungan dengan Arab Saudi,” kata Rouhani ketika bertemu Menteri Luar Oman Yousef Bin Alawi yang berkunjung ke Tehran.

    “Semua negara serantau harus bersatu dalam usaha mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” Rouhani dipetik sebagai berkata oleh IRNA.

    Presiden Iran itu berkata Inisiatif Damai Hormuz Peace bertujuan menghimpunkan negara-negara serantau dan membawa mereka ke arah usaha mewujudkan kestabilan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda