Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran sedia rancangan tindak balas terhadap serangan Israel

    TEHRAN, 6 OKT – Iran telah menyediakan rancangan untuk bertindak balas terhadap kemungkinan serangan Israel berikutan serangan peluru berpandu balas republik Islam itu terhadap negara iru minggu lalu, lapor media tempatan, hari ini.

    “Rancangan untuk tindak balas yang diperlukan terhadap kemungkinan tindakan oleh Zionis (Israel) telah disediakan sepenuhnya,” kata agensi berita Tasnim, memetik sumber sedia ada dalam angkatan tentera.

    “Sekiranya Israel mengambil tindakan, tidak ada keraguan bahawa serangan balas Iran akan dilakukan,” kata Tasnim.

    Ia menambah, “Iran mempunyai banyak senarai sasaran terhadap Israel dan berkata serangan Iran Selasa lalu menunjukkan kami boleh meratakan di mana-mana tempat yang diinginkan.”

    Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi kelmarin memberi amaran, Iran tidak akan teragak-agak untuk melakukan tindak balas berlipat kali ganda sekiranya Israel menyerang negaranya.

    Sementara itu, Menteri Minyak Iran, Mohsen Paknejad, hari ini telah melawat tapak minyak utama di Teluk, berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan minyak Iran.

    Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, Jumaat lalu menasihatkan Israel supaya tidak menyasarkan tapak minyak di Iran, salah satu daripada 10 pengeluar minyak terbesar dunia. – AFP

    Abbas Araghchi (dua kiri) semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati (kanan), di Beirut, Lubnan pada 4 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda