TEHRAN, 26 April – Agensi berita Iran, Mehr, melaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengarahkan penyedia rangkaian untuk menghentikan perkhidmatan media pesanan sosial terkenal, Telegram.
Laporan hari ini muncul selepas seorang ahli parlimen terkemuka Iran bulan lalu berkata kerajaan seharusnya menyekat Telegram atas sebab-sebab keselamatan.
Sejak itu banyak pengguna berkaitan kerajaan ber-alih kepada alternatif tempatan.
Sebelum ini, Telegram berkata ia telah menyewa nod untuk rangkaian penghantaran kandungan, yang membolehkan server untuk menyediakan penghantaran kandungan dengan pantas di kebanyakan negara-negara serantau, termasuk Iran. – AP