DOHA, 1 Mei – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif hari ini menyelar Amerika Syarikat kerana mahu menyenarai-hitamkan Muslim Brotherhood sebagai sebuah kumpulan pengganas.
“Amerika Syarikat menyokong pengganas terbesar dalam rantau kita dan itu adalah Israel,” Zarif memberitahu wartawan pada sidang sampingan Dialog Kerjasama Asia di Doha.
“Cuba menggelar yang lain sebagai pengganas, Amerika Syarikat bukan dalam kedudukan baik untuk secara teori dan praktikal, mula menamakan yang lain sebagai pertubuhan pengganas,” katanya ketika ditanya mengenai usaha Presiden AS Donald Trump untuk menamakan Brotherhood sebagai sebuah kumpulan pengganas.
“Kami menolak sebarang cubaan AS dalam perkara ini,” katanya.
Dalam April, AS mengisytiharkan Pengawal Elit Iran, Revolutionary sebagai ‘pertubuhan pengganas asing.’
Brotherhood, sebuah pergerakan Islam seabad lamanya yang lahir di Mesir dengan sokongan dari seluruh dunia Arab, digelar sebagai pertubuhan pengganas oleh Kaherah selepas tentera menyingkirkan Mohamed Morsi, seorang presiden yang dipilih secara demokratik dalam 2013, dengan permulaan daripada pergerakan tersebut. – AFP