TEHRAN, 27 OGOS – Presiden Hassan Rouhani hari ini memberitahu Amerika Syarikat (AS) untuk ‘mengambil langkah pertama’ dengan membatalkan semua sekatan ke atas Iran, memudarkan kemungkinan pertemuan rakan sejawatan AS, Donald Trump.
Menteri Luar Negeri Mohammad Javad Zarif berkata prospek bagi pertemuan seperti itu ‘tidak dapat dibayangkan’ meskipun AS menyertai semula perjanjian nuklear penting bersama Iran.
Trump berkata kurang dari 24 jam sebelumnya dia sudah pun bersedia untuk menemui Rouhani dalam beberapa minggu lagi, dalam kejayaan cemerlang berpotensi yang dicapai semasa sidang kemuncak G7 di resort tepi laut Biarritz, Perancis.
Ekonomi Iran telah dihentam oleh sekatan AS yang dikenakan sejak Trump pada Mei tahun lalu berundur sebelah pihak daripada perjanjian nuklear 2015 antara republik Islam dan kuasa-kuasa dunia.
“Anda perlu melepaskan semua sekatan yang tidak sah, tidak adil dan salah ke atas negara Iran,” kata Rouhani.
“Kunci bagi perubahan positif bergantung pada Washington,” ujarnya, kerana Iran sudah pun mengetepikan apa yang paling dibimbangkan oleh AS – membina bom atom.
“Kebimbangan itu sudah pun dibuang” melalui fatwa yang dikeluarkan pada 2003 oleh pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei, tambahnya.
“Kami tidak berniat untuk menghasilkan bom atom…doktrin tentera kami adalah berdasarkan senjata konvensional,” kata Rouhani.
“Oleh itu ambillah langkah pertama. Tanpa langkah ini, kebuntuan ini tidak akan dapat diselesaikan.”Di Biarritz, Presiden Perancis, Em manuel Macron berkata ‘syarat mesyuarat’ antara Trump dan Rouhan ‘dalam masa beberapa minggu’ telah diwujudkan melalui diplomasi intensif. Trump berkata dia ‘sudah pasti bersetuju dengan perkara itu’ dan tempoh yang diusulkan oleh Macron adalah realistik. – AFP
