Sunday, February 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran tahan beberapa suspek bunuh seorang pelajar

    TEHRAN, 16 FEB – Pihak berkuasa Iran berkata kelmarin, mereka telah menahan beberapa suspek dalam pembunuhan seorang pelajar yang mengakibatkan protes di Universiti Tehran.

    Amir Mohammad Khaleghi, seorang pelajar perniagaan berusia 19 tahun, dibunuh oleh perompak berhampiran asrama universiti Rabu lalu, menurut laporan media.

    Pembunuhan itu telah mencetuskan kemarahan dan bantahan pelajar untuk keselamatan yang lebih baik di kampus.

    “Penjenayah telah ditangkap dan sedang disoal siasat,” kata jurucakap badan kehakiman, Asghar Jahangir, kepada televisyen kerajaan.

    Agensi berita Fars melaporkan bahawa Khaleghi telah dikebumikan di kampung halamannya kelmarin.

    Berpuluh-puluh pelajar universiti itu telah melancarkan protes Jumaat lepas. Akhbar harian Ham Mihan berkata di laman webnya bahawa ketegangan meningkat selepas pasukan keselamatan berpakaian preman campur tangan.

    Menteri Sain, Hossein Simaei Sarraf, berkata Ketua Pengurus Asrama Universiti Tehran telah meletak jawatan berikutan pembunuhan tersebut.

    Menteri itu juga menafikan laporan bahawa pelajar telah ditangkap berikutan protes itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda