Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran tahan pengurus firma tenaga disyaki menyokong mogok

    TEHRAN, 3 MEI – Pihak berkuasa Iran telah menahan pengurus di sebuah syarikat petrokimia utama kerana menyokong mogok pekerja ke atas gaji dan syarat di wilayah pengeluar tenaga di selatan, lapor media Iran hari ini.

    “Sebilangan pengurus telah ditangkap kerana telah menyokong tindakan unsur-unsur penentangan dan serangan terancang di projek South Pars,” kata agensi berita Fars.

    “Lebih ramai pegawai syarikat akan ditangkap dalam beberapa hari akan datang”, tambahnya.

    Pelantar South Pars luar pesisir di Teluk, yang merupakan rizab gas terbesar di dunia, dan dikongsi Iran bersama Qatar, menggaji kira-kira 40,000 pekerja.

    Pada April, seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sektor minyak dan gas republik Islam itu di wilayah Bushehr berkata 4,000 pekerja yang mogok akan diganti.

    Agensi berita buruh Iran (ILNA) melaporkan bahawa pekerja South Pars terus mengemukakan tuntutan kolektif mereka, menyeru peningkatan 79 peratus dalam gaji serta menamatkan diskriminasi dan hak untuk kebebasan persatuan.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda