PARIS, 11 JULAI – Menteri Luar Iran telah mengesahkan bahawa pihaknya telah menahan seorang remaja penunggang basikal warganegara Perancis-Jerman yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu, lapor akhbar Le Monde hari ini.
Remaja tersebut, Lennart Monterlos, ditahan kerana telah ‘melakukan satu kesalahan,’ kata Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dalam satu temu bual kelmarin, menurut laporan akhbar Perancis itu. Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jenis kesalahan yang dimaksudkan.
Le Monde turut melaporkan bahawa kedutaan Perancis di Tehran telah dimaklumkan mengenai penahanan berkenaan dan Monterlos dipercayai sedang mengembara dengan berbasikal merentasi Iran sebelum hilang sejak pertengahan Jun lalu. – AP
