Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Iran tambah kapal perang canggih di Laut Caspian

    IRAN, 27 NOV – Iran menambah kapal perang pemusnah yang canggih di Laut Caspian hari ini, lapor media negara.

    Kapal perang pemusnah Deilaman seberat 1,400 tan, dinamakan sempena sebuah bandar di utara Iran, mempunyai panjang 95 meter dan lebar 11 meter, serta mampu melancarkan peluru berpandu semasa bergerak pada kelajuan 30 knot (56 kph, 35 mph), lapor agensi berita IRNA yang dimiliki oleh kerajaan.

    Deilaman dapat mengesan lebih daripada 100 sasaran, termasuk kapal, dron, helikopter, kapal selam dan pesawat, secara serentak, menurut laporan tersebut.

    Semasa upacara pelancaran Deilaman, Jeneral Besar Mohammad Hossein Bagheri, ketua Staf Am Angkatan Bersenjata, menyebut Laut Caspian sebagai ‘laut keamanan dan persahabatan’ dan berkata kuasa laut Iran di sana akan berkhidmat untuk ‘keamanan, keselamatan saudagar perdagangan, menentang pengganas dan insiden yang mungkin berlaku pada masa akan datang’.

    Ini merupakan kapal perang keenam yang Iran tugaskan di Laut Caspian, iaitu laut pedalaman terbesar di dunia, yang berkongsi sempadan dengan Rusia, Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan dan Iran.

    Kapal perang Iran kadang-kala membuat lawatan ke pangkalan laut Rusia dan Azerbaijan dalam beberapa tahun terakhir, tetapi Iran juga mengkritik Azerbaijan kerana hubungan ketenteraan rapatnya dengan Israel, yang Iran anggap sebagai musuh utama.

    Walaupun Rusia merupakan kuasa laut terbesar di Laut Caspian, Iran telah cuba untuk memberi isyarat kehadirannya di laut itu sejak akhir tahun 1960an dan telah menambah kekuatannya sejak tahun 1990an. Iran juga mempunyai tiga buah pangkalan laut di tepi laut itu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...