Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran terima hampir 1 juta pelarian Afghanistan

    MOSCOW, 31 MAC – Iran menerima kira-kira satu juta pela-rian Afghanistan sejak Taliban mengambil alih pada Ogos 2021 menjadikan jumlah keseluruhan pelariannya seramai lima juta orang, lapor Sputnik, memetik Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian hari ini.

    “Iran bimbang tentang peningkatan jumlah pelarian Afghanistan. Kira-kira satu juta wanita, kanak-kanak dan lelaki Afghanistan tiba di negara itu dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, dan kini bilangan pendatang Afghanistan, yang menjadi tetamu kami di Iran, meningkat kepada kira-kira lima juta,” kata Amirabdollahian pada mesyuarat menteri di Tunxi China, seperti yang dipetik oleh Kementerian Luar Iran di saluran Telegram rasminya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda