TEHRAN, 1 Mei – Menteri Minyak Iran, Bijan Namdar Zanganeh mengumumkan kesanggupan negaranya untuk terus mengikuti sokongan negara-negara ahli OPEC dan bukan ahli dalam melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak bagi tempoh enam bulan lagi, media rasmi melaporkan kelmarin.
Kerajaan Iran baru-baru ini telah menerima “petunjuk-petunjuk positif” oleh negara-negara ahli OPEC dan bukan ahli mengenai pelanjutan perjanjian bagi separuh kedua tahun 2017, Zanganeh menyatakan selepas mesyuarat bersama Miguel Arias Canete, Pesuruhjaya Eropah bagi Tindakan Iklim dan Tenaga.
Ditanya mengenai tarikh bagi tender pertama Iran untuk menandatangani kontrak-kontrak minyak baru bersama sejumlah syarikat-syarikat antarabangsa, menteri Iran itu berkata bahawa negaranya kini mengadakan rundingan-rundingan ‘serius’ mengenai perkara itu bersama beberapa syarikat minyak, termasuk Total Perancis, Maersk Oil Denmark dan Lukoil Rusia.
Dia juga melahirkan harapan bahawa Kesatuan Eropah menyediakan syarikat-syarikat Eropah dengan sokongan mencukupi untuk bekerjasama dengan Iran dalam bidang industri minyak dan gas serta mengambil bahagian dalam projek-projek berkaitan dengan minyak dan gas. – NNN
