Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran tidak takut ancaman amerika syarikat

    TEHRAN,8 DIS – Presiden Iran berkata hari ini, negaranya akan kurang bergantung pada hasil minyak pada tahun hadapan, dalam bajet baharu yang dirancang untuk menentang dari lumpuhnya embargo-embargo perdagangan Amerika Syarikat (AS).

    Iran kini berada dalam krisis ekonomi. Sekatan yang dikenakan semula oleh AS yang menyekat Iran daripada menjual minyak mentahnya ke luar negara, berikutan keputusan presiden Trump untuk mengundur diri daripada perjanjian nuklear Iran bersama kuasa dunia pada tahun 2015.

    “Bajet ini akan menghantar pesanan kepada dunia bahawa walaupun kami disekat namun kami masih dapat menguruskan negara kami,” kata Presiden Hassan Rouhani kepada parlimen.

    Bajet yang dicadangkan akan menangani ‘tekanan maksimum dan sekatan’ oleh AS, katanya.

    Rouhani menambah, kerajaan Iran juga akan mendapat manfaat daripada pinjaman AS$5 bilion dari Rusia yang sedang dimuktamadkan.

    Beliau berkata Amerika Syarikat dan Israel akan kekal ‘tidak ada harapan’ meskipun matlamat mereka untuk melemahkan Iran melalui sekatan yang mereka telah lakukan.

    Bajet itu bertujan memberikan lebih banyak bantuan dan ‘menghapuskan kesulitan’ bagi orang miskin untuk memberikan subsidi berupa makanan dan perubatan yang diperlukan.

    Tahun fiskal Iran yang akan bermula pada 20 Mac, dengan kedatangan tahun baharu Parsi. Anggaran tersebut akan ditetapkan sekitar AS$40 bilion, kira-kira 10 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2019. Peningkatan ini berlaku apabila negara mengalami kadar inflasi 40 peratus. – AP

    Presiden Iran Hassan Rouhani (kiri) menyerahkan buku bajet Iran untuk tahun hadapan.– AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda