Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran tolak pelan damai AS

    TEHRAN, 31 MEI – Beribu-ribu rakyat Iran hari ini menyertai perhimpunan tahunan menyokong perjuangan Palestin, menolak pelan damai AS yang digelar Presiden Donald Trump sebagai ‘perjanjian abad ini.’

    Hari ulang tahun The Quds (Baitulmaqdis) yang diadakan pada Jumaat terakhir Ramadan tahun ini, dilancarkan oleh pemimpin revolusi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini dan diadakan oleh kumpulan pro-Iran di seluruh rantau itu.

    Pembantah membakar bendera AS dan Israel serta patung Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

    Mereka menegakkan poster bertulis ‘Quds, ibu negara abadi Palestin’ dan ‘tidak kepada perjanjian abad ini.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda