TEHRAN, 6 APRIL – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi hari ini menolak sebarang rundingan secara langsung dengan Amerika Syarikat (AS), menyifatkannya sebagai “tidak bermakna”, susulan kenyataan Presiden AS Donald Trump yang mahu berbincang secara terus dengan republik Islam itu.
Trump sebelum ini menggesa Iran untuk mengadakan rundingan mengenai program nuklearnya, namun dalam masa yang sama turut mengancam akan menyerang Iran sekiranya diplomasi gagal.
Khamis lalu, Trump menyatakan beliau lebih gemar rundingan langsung kerana ia “lebih pantas dan membolehkan pemahaman yang lebih baik terhadap pihak satu lagi berbanding melalui orang tengah.” – AFP
