Iran uji sistem pertahanan udara sendiri

TEHRAN, 22 OKT – Iran semalam menguji sistem pertahanan udara buatan sendiri semasa latihan tentera, kata media negeri, beberapa hari selepas sekatan senjata antarabangsa ke atas republik Islam luput tempohnya.

Latihan itu – digelar ‘Pertahanan Udara’ – dijalankan di ‘satu kawasan yang meliputi separuh daripada permukaan negara’, lapor laman web Iribnews.

Mereka diadakan selepas Tehran memutuskan pada Ahad bahawa sekatan senjata PBB ke atas senjatanya telah luput di bawah syarat-syarat perjanjian antarabangsa mengenai program nuklear Iran dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2231.

Iran berkata pada Isnin ia lebih cenderung menjual senjata dan bukannya membeli mereka, setelah mengumumkan berakhirnya sekatan lama itu.

“Dalam latihan ini, sistem generasi baharu tentera dan Pengawal Revolusi telah menunjukkan kekuatan mereka dengan bergantung pada kuasa pengeluaran tempatan,” kata Iribnews.

Laman web itu berkata sasaran pada altitud sederhana dan tinggi ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Khordad 3 dan Khordad 15 Iran dan jet penggempur mengambil bahagian dalam latihan itu. – AFP