Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Iran ulangi amaran ‘hukum’ Israel

    TEHRAN, 10 APRIL- Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei hari ini sekali lagi memberi amaran kepada Israel bahawa ia ‘akan dihukum’ atas serangan udara Damsyik yang membunuh tujuh Pengawal Revolusi, dua daripadanya jeneral.
     
    “Rejim jahat melakukan kesilapan dalam hal ini, ia mesti dihukum dan akan dihukum,” kata Khamenei dalam ucapan di televisyen selepas solat Aidilfitri di Tehran.
     
    Khamenei berkata serangan pada 1 April lalu yang merobohkan bangunan konsul lima tingkat kedutaan Iran di Syria, telah melanggar perjanjian antarabangsa yang memperuntukkan premis diplomatik tidak boleh dicabul.
     
    “Pejabat konsulat dan kedutaan di mana-mana negara adalah wilayah negara itu,” katanya. “Apabila mereka menyerang konsulat kami, bermakna mereka menyerang wilayah kami.”
     
    Khamenei telah mengetuai pegawai Iran dalam janji berturut-turut untuk membalas dendam serangan itu, yang secara meluas dipersalahkan ke atas Israel.
     
    Salah seorang penasihat kanannya, Yahya Rahim Safavi, memberi amaran pada Ahad lalu bahawa kedutaan Israel ‘tidak lagi selamat’. Israel berkata minggu lalu ia mengukuhkan pertahanannya dan menghentikan cuti untuk unit tempur berikutan ancaman balas Iran. – AFP
     
    Ayatollah Ali Khamenei menyampaikan khutbah semasa solat Aidilfitri kelmarin. Beliau mengulangi janji untuk membalas dendam terhadap Israel ke atas pembunuhan jeneral Iran di Syria. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...