TEHRAN, 14 APRIL – Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata hari ini keputusannya untuk meningkatkan pengayaan uraniumnya kepada 60 peratus adalah respons terhadap ‘pengganasan nuklear’ musuh ketatnya Israel ke atas kemudahan Natanznya.
Tehran memulakan emparan canggih dan menghasilkan uranium berke-tulenan tinggi ‘adalah sebagai respons kepada niat jahat anda’, kata Rouhani dalam satu mesej yang ditujukan kepada negara Yahudi itu.
“Apa yang anda lakukan adalah pengganasan nuklear, katanya dalam ucapan di televisyen, merujuk kepada letupan Ahad lalu yang memutuskan bekalan elektrik di kemudahan nuklear utama-nya di tengah Iran. “Apa yang kami lakukan adalah sah di sisi undang-undang.”
Pengumuman Tehran untuk meningkatkan pengayaannya itu telah membayangi rundingan di Vienna yang dihasratkan untuk menyelamatkan perjanjian nuklear 2015 antara Iran dan kuasa-kuasa dunia.
Parti-parti Eropah berkaitan perjanjian itu – Britain, Perancis dan Jerman – hari ini menyatakan ‘kebimbangan besar’ terhadap langkah pengayaan Iran sementara menolak ‘semua langkah provokatif daripada mana-mana pihak’.
Pesaing serantau Iran, Arab Saudi juga menyatakan kebimbangan dan menggesa Tehran untuk ‘mengelak daripada mencetuskan masalah’.
Serangan Natanz mendedahkan ‘serangan terus-menerus’, kata Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif dalam Twitter.
Dia memberi amaran Presiden AS, Joe Biden yang situasi itu hanya boleh diselesaikan dengan membatalkan sekatan Trump ke atas Iran sejak 2018. – AFP
