BAGHDAD, 6 Feb – Kerajaan Iraq menerima pakai beberapa langkah baru untuk melindungi kepentingan negara itu berikutan larangan visa yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap tujuh negara yang majoritinya beragama Islam, termasuk Iraq.
Impak terhadap keputusan AS dalam kerjasama strategik dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi, komersial dan kebudayaan adalah dalam agenda tertinggi dalam mesyuarat kabinet dalaman yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Haidar Al-Abadi, menurut satu siaran akhbar dikeluarkan oleh pejabat Al-Abadi.
Mesyuarat itu mengarahkan pihak-pihak berkuasa yang berwibawa di Iraq untuk memberikan tindak balas yang sesuai terhadap langkah-langkah AS dalam usaha untuk melindungi kepentingan-kepentingan Iraq, menurut keterangan itu, tanpa mengulas dengan lebih lanjut mengenai sifat langkah berkenaan.

Parlimen Iraq meminta kerajaan untuk bertindak balas, kejahatan dibalas kejahatan, terhadap perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan larangan visa bagi warga Iraq dan enam negara lain.
Keputusan Trump yang diumumkan pada 27 Januari lepas, didakwa bertujuan untuk mengelakkan “pengganas radikal Islam daripada memasuki negara itu.” – NNN